Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Selamat Datang ke blog kami :)

Saturday 4 October 2014

Mencari Kesahihan remaja Melayu Murtad

artikel : Al-islam



Dalil Al-Quran berkaitan politik:-
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu" [TMQ an-Nisa’(4):59]. " Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah (untuk berhukum dengan Kitabullah) dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit atau (kerana) mereka ragu-ragu (terhadap hukum Allah), ataukah (kerana) kerana takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ an-Nur (24):48-50].


             Merujuk kepada artikel di atas yg di petik dari Al-Islam : Gejala Murtad kini semakin membimbangkan, Di mana hal ini terjadi kerana kurang nya ilmu pengetahuan dan iman yang lemah, oleh itu, amar ma'ruf Nahi Mungkar harus ditegakkan. Ianya dapat mengelakkan kejadian seumpama ini terus membimbangkan, artikel ini membuktikan bahawa kuasa politik penting bagi melaksanakan hukum ALLAH dalam pemerintahan.

         Selain itu punca remaja murtad juga kerana, Mereka berkenalan dengan pemuda bukan Islam melalui laman sosial Selepas berkenalan akhirnya mereka jatuh cinta dan murtad kerana mengikuti ajaran agama teman lelaki mereka.

        Pendakwah atau petugas mesti berusaha terapkan pembawaan sederhana, bersikap mencegah amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

       Di Malaysia, sumbangan politik Islam telah wujud sejak sekian lama. Oleh itu, terdapat beberapa agensi yang bertanggungjawab membendung permasalahan sosial agama dikalangan umat Islam di Malaysia. Sebagai contoh, kuasa yang ada di turunkan kepada Majlis Agama Islam Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab mengawal dan memantau kegiatan ajaran sesat, kemungkaran dan perbuatan yang menjatuhkan maruah Islam, menerapkan konsep pendidikan dan kebudayaan Islam, mengurus sumbangan dan bantuan masyarakat Islam, seperti harta wakaf,zakat dan lain-lain, menyelenggara bangunan agama seperti masjid dan surau, serta memberi tauliah dan membuat pelantikan kepada imam bagi tiap-tiap mukim, ta'mair masjid dan surau, Ahli Majlis Agama Islam negeri bagi membincangkan permasalahan agama dalam masyarakat dan mendaftar dan melindungi mereka yang baru memeluk Islam.
  
     
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."


(Surah Ali-Imran, ayat 104)

posting by : Nur Amaleina Binti Marzuki
Matric no : 19DIP12F2053
               
       


No comments:

Post a Comment