oleh: Prof.Dr.Muhhammad Abu Zahrah
Dalam islam, aspek politik dan 'aqidah termasuklah persoalan pelik yang banyak mengulas energi para pemikir dan para politik Muslim semenjak Rasulullah wafat. Keduanya berkaitan erat dan saling berkolerasi; menjadi sebab dan sekaligus akibat dari lahirnya sebuah aliran atau mazhab politik dan 'aqidah. pergumpulan di antara berbagai aliran, menampilkan aneka corak pemikiran yang memperkaya khazanah intelektual dalam islam.
Dalam buku yang ditulis guru besar dan bekas rektor Universiti Al-Azhar di Mesir ini, persoalan pelik dan luas itu dihuraikan secara singkat dan padat dengan merujuk langsung kepada sumber asli setiap aliran. Huraiannya meliputi penyebab munculnya perbezaan pendapat dan isi persoalan yang melahirkan sebuah aliran. Juga mengungkap corak pemikiran, para pendiri dan pemukaanya, berikut latar belakang sosial politik serta faktor yang mempunyai mempengaruhi setiap mazhab dalam membangun dan mengembangkan pemikirannya.
Buku yang memberikan informasi rangka mengenai perkembangan politik dan 'aqidah dalam islam ini, merupakan rujukan penting bagi para mahasiswa , pengajar dan para pengamal sosial keagamaan.
Posting by : Maizatul Akma binti Zulkafli
Matric No: 19DIP12F2037
Tuesday 7 October 2014
SISTEM POLITIK ISLAM
Saat ini , menjadi pemimpin seakan dambaan setiap orang .
Begitu banyak calon yang menawarkan diri. Puluhan Parti Politik dideklarasikan .
Ratusan janji terucap. Beragam trik politik diperontokan. Semuanya mengatakan : Sayalah yang paling
layak menjadi orang nombor satu! Akulah yang paling pantas menjadi menjadi
pemimpin! Sayalah politik yang
sejati, paling amanah, paling
adil, paling jujur , paling berpihak kepada
rakyat! dan seterusnya.
Demikianlah kenyataannya , setiap kita menyaksikannya di
berbagai media masa , dan cetak mahupun elektronik , tanpa terasa hampir setiap
kita hanyut dalam bidang politik. Semuanya memberi komen dan pendapat, kritikan dan pujian ,
serta pemilihan siapa yang akan jadi pemenang. Bak kata seorang politik , hanya
orang tertentu yang mengetahui secara perinci dan detail seluk beluk dunai
politik.
Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah
sebahagian daripada hidup manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang
menjadi persoalannya . Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan
makna dan kehendak politik. Mereka mudah terikut dengan aliran barat dan
mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.
Perkara kedua yang difokuskan ialah soal pemimpin.Bagaimana
kedudukan seorang pemimpin dalam islam? Apa syaratnya menjadi seorang pemimpin
? Bagaimana kaedah pelantikannya? Apakah bentuk kempimpinan yang harus
digunakan?
Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak Negara. Antara
seperti peranan sultan@raja,menteri dan ulama dalam sesebuah Negara manakala
perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.
Perkara terakhir ialah tentang tanah air,kekuasaan
politik,perundangan kehakiman,pelaksaannya,kementerian dan asas politik yang
adil.Buku ini juga menceritakan fatwa tentang politik Islam oleh ulama terkemuka
dunia islam.
posting by: Norhusna Binti Othman
Matric No: 19DIP12F2047
“Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan”
posting by: Norhusna Binti Othman
Matric No: 19DIP12F2047
Monday 6 October 2014
dasar & ciri negara islam
DASAR NEGARA ISLAM
- Keimanan dan ketakwaan.
- Manusia adalah pemegang amanah.
- Ketua negara (pemegang amanah) , rakyat wajib taat selagi amanah dilaksanakan.
- Pelaksanaan syura mengikut garis panduan ditetapkan.
- Majlis syura memutuskan hal berkaitan pemerintahan.
- Melaksanakan syariah Islamiah secara mutlak.
- Mengutamakan akhlak mulia.
- Melaksanakan amar makruf & nahi mungkar.
- Tolong menolong & menegakkan keadilan.
- Pemerintahan dan rakyat mempunyai hak & tanggungjawab masing-masing.
- Menegakkan hukum-hukum Allah.
- Kebenaran (al-Haq).
- Keadilan (al-'Adalah).
- Kebesasan (al-Hurriyyah).
- Persamaan (al-Musawah).
- Al-Syura.
- Ketaatan (al-Ta'ah)
Matrix no : 19DIP12F2047
Zaman Rasulullah & Piagam Madinah
Zaman Rasulullah (610-632
Masihi)
- Rasulullah sebagai ketua agama
- Madinah sebagai Pusat Pemerintahan
- Mengasaskan Piagam Madinah
- Mempersaudarakan penduduk Madinah
- Mengajar Syariah islam secara Syumul
- Contoh kepimpinan Ideal
- Semangat akidah mengantikan semangat Assabiyah
- Dasar Negara Islam Madinah
- Syura sebagai asas & prinsip pemerintahan
- Piagam Madinah sebagai Perlembagaan Negara
~ Mengandungi 47 Fasal merangkumi 2 bahagian :
- Bahagian 1 (23 Fasal) : Peraturan orang islam sesama islam.
- Bahagian 2 (24 Fasal) : Peraturan membabitkan orang-orang yahudi.
KONSEP SYURA
Suatu sistem yang dinamakan al-syura (musyawarah). Sistem ini diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad saw lagi . Setelah itu , diikuti oleh Khulafa'ar-Rasyidin iaitu empat orang khalifah yang terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib . Mereka telah diberi mandat oleh masyarakat untuk pemimpin dan mentadbir Negara Islam berdasarkan undang-undang syari'ah .
PENGERTIAN SYURA

~ Dari sega bahasa : mesyuarat
~ Dari segi istilah : pemusyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulamak dan umat islam dalam segala hal berkaitan kebajikan mereka berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.
Posting by : Maizatul Akma Binti Zulkafli
Matrix no : 19DIP12F2037

Sumpah Raja-raja Melayu pertahankan kesucian Agama Islam
Artikel : Daripada Utusan Malaysia |
Merujuk kepada artikel di atas yang dipetik dari Utusan Malaysia, Sultan selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah tentang masalah kalimah Allah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Hal ini akan mengganggu gugat kesucian Agama Islam.Raja-raja melayu bertanggungjawab memelihara kesucian Agama Islam di Malaysia. Agama Islam di Malaysia merupakan agama rasmi yang telah termaktub di dalam perlembagan negara.
Kepentingan politik dalam bagi mempertahankan Agama Islam memainkan peranan penting. Hal ini dapat dilihat semenjak zaman Rasulullah dan Khilafah Al-Rasyidin serta pemerintahan seterusnya. Pada zaman Rasulullah, Piagam Madianah merupakan perlembagaan yang digunapakai bagi melancarkan pentadbiran pada ketika itu. Namun perluasan Islam di seluruh dunia telah meletakan Malaysia salah satu negara yang terima kesan sumbangan tersebut.
Di Malaysia, sumbangan politik Islam dapat dilihat melalui kewujudan undang-undang yang diguna pakai bagi melindungi Agama Islam serta Umat Islam. Peranan pentadbiran Islam di Malaysia dapat di lihat melalui urusan pentadbiran Agama Islam yang diketuai oleh Sultan di setiap negeri, Yang Dipertuan Agong sebagai ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, urusan pentadbiran agama dijalankan oleh ulama-ulama dan golongan cerdik pandai tempatan serta badan pentadbiran agama yang diuruskan oleh Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah.
Kesimpulannya, politik yang cekap dan teratur akan membantu menghindarkan gejala yang tidak sihat berkaitan kesucian Agama Islam. Hal ini, bagi menjamin kesejahteraan umat manusia. Selain itu, ianya dapat menghindarkan daripada permusuhan di kalangan umat islam dan bukan islam yang ada dalam negara islam.

Posting By : Nurul Effa Fazira Binti Othman
Matric No : 19DIP12F2045
Saturday 4 October 2014
Mencari Kesahihan remaja Melayu Murtad
artikel : Al-islam
Dalil Al-Quran berkaitan politik:-
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu" [TMQ an-Nisa’(4):59]. " Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah (untuk berhukum dengan Kitabullah) dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit atau (kerana) mereka ragu-ragu (terhadap hukum Allah), ataukah (kerana) kerana takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ an-Nur (24):48-50].
Merujuk kepada artikel di atas yg di petik dari Al-Islam : Gejala Murtad kini semakin membimbangkan, Di mana hal ini terjadi kerana kurang nya ilmu pengetahuan dan iman yang lemah, oleh itu, amar ma'ruf Nahi Mungkar harus ditegakkan. Ianya dapat mengelakkan kejadian seumpama ini terus membimbangkan, artikel ini membuktikan bahawa kuasa politik penting bagi melaksanakan hukum ALLAH dalam pemerintahan.
Selain itu punca remaja murtad juga kerana, Mereka berkenalan dengan pemuda bukan Islam melalui laman sosial Selepas berkenalan akhirnya mereka jatuh cinta dan murtad kerana mengikuti ajaran agama teman lelaki mereka.
Pendakwah atau petugas mesti berusaha terapkan pembawaan sederhana, bersikap mencegah amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Di Malaysia, sumbangan politik Islam telah wujud sejak sekian lama. Oleh itu, terdapat beberapa agensi yang bertanggungjawab membendung permasalahan sosial agama dikalangan umat Islam di Malaysia. Sebagai contoh, kuasa yang ada di turunkan kepada Majlis Agama Islam Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab mengawal dan memantau kegiatan ajaran sesat, kemungkaran dan perbuatan yang menjatuhkan maruah Islam, menerapkan konsep pendidikan dan kebudayaan Islam, mengurus sumbangan dan bantuan masyarakat Islam, seperti harta wakaf,zakat dan lain-lain, menyelenggara bangunan agama seperti masjid dan surau, serta memberi tauliah dan membuat pelantikan kepada imam bagi tiap-tiap mukim, ta'mair masjid dan surau, Ahli Majlis Agama Islam negeri bagi membincangkan permasalahan agama dalam masyarakat dan mendaftar dan melindungi mereka yang baru memeluk Islam.
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
posting by : Nur Amaleina Binti Marzuki
Matric no : 19DIP12F2053
Subscribe to:
Posts (Atom)