Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Selamat Datang ke blog kami :)

Saturday 27 September 2014

Wajib Pilih Pemimpin Yang Boleh Jaga Agama

Artikel : Berita Harian 

Dalil Al-Quran berkaitan politik:-
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah  kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum di antara manusia, ( Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. [58]. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepda Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahanya.[59]
           
            Merujuk kepada artikel ini, ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr. Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni dengan tajuk “Wajib pilih pemimpin yang boleh menjaga Agama”, terang lagi jelas kepentingan memilih pemimpin sangat penting dan perkara wajib bagi umat Islam.  Menurut beliau, pemilihan pemimpin wajib mengikut syarat yang betul. Kesilapan memilih pemimpin akan memberikan kesan buruk kepada agama, dan masyarakat. Sebagai contoh, kisah kepimpinan Presiden Syria, Bashar Al- Assad adalah seorang pemimpin yang kejam dan telah menzalimi orang Islam di Syria. Hal ini, menyebabkan imej agama Islam terjejas. Seorang pemimpin bukan sahaja perlu bertanggungjawab kepada agamanya, beliau juga perlu menjaga segala ciptaan Allah s.w.t di muka bumi ini. Selain itu, penguasan Bahasa Arab adalah penting kerana ianya akan menjadi bahasa di Hari Akhirat kelak. Kehebatan kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w harus dijadikan panduan dan rujukan sepanjang hidup. Seterusnya kita harus mentaati segala printah Allah s.w.t dan taat kepadaNya dan Nabi s.a.w.
                 
        Kehebatan politik Islam dalam pemilihan pemimpin sangat penting. Hal ini menyebabkan wujudnya Sistem Syura. Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat, manakala dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketawaan. Di syura, perbincangan pelantikan pemimpin juga dibuat. Oleh itu, setiap pemimpin yang terpilih ,mestilah memiliki ciri-ciri pemimpin iaitu bersifat adil,warak dan bertakwa, berilmu pengetahuan, bijaksana dan bersifat benar serta mempunyai pengalaman ikhtisas (profesional) yang luas serta mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.  Oleh itu, pemilihan pemimpin yang betul akan memberikan kemajuan dan keamanan sesebuah negara.

            Pelantikan pemimpin menggunakan sistem syura telah wujud sejak zaman selepas kewafatan baginda Rasulullah, ini terbukit apabila pelantikan Saidina Umar al -Khattab dibuat dengan perstujuan para sahabat (syura secara tak langsung). Selain itu, pemilihan Saidina Uthman bin Affan juga berdasarkan Musyawarah (Syura). Syura merupakan sumbangan terbesar dalam politik Islam. Hal ini kerana, disaat kekalutan berlaku dikalangan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah ianya menjadi penyelesaian terbaik dalam setiap permasalahan yang berlaku. 

            Kesimpulannya, pemilihan pemimpin bukanlah perkara yang mudah, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pemimpin sangat berat. Segala kebaikan dan keburukan yang dilakukan  akan dihitung di akhirat kelak. Begitu hebat politik Islam, sehingga pemilihan pemimpin dibuat bukan berdasarkan kepentingan individu, sebaliknya inianya harus bertepatan dengan syariat Islam.


Name: Noraishah shamsuddin
Matic no: 19dip12f2100

Tuesday 16 September 2014

asas & prinsip sistem politik islam

Asas- asas Sistem Politik Islam

  • Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberi kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik islam hanyalah hak mutlak Allah S.WT
  • Risalah Jalan kehidupan para Rasul diiktiraf oleh islam sebagai sunan huda atau jalan-jalan hidayah.
  • Khalifah bererti perwakilan bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ini sebagai wakil Allah swt.
Prinsip utama Sistem Politik Islam
- Musyawarah
  • Asas yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah
  • Seterusnya berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksaan undang-undang yang telah termaktub didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Berkenaan dengan jalan menentukan perkara-perkara baru yang timbul dikalangan ummah melalui proses ijtihad
- Keadilan

  •  Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang Dijamin oleh sistem sosial dengan sistem ekonomi islam
  • keadilan dalam bidang sisioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkan 
  • Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai sosioa yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya
- Kebebasan

  • Kebebasan yang terpelihara oleh sistem politik islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan
  • menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah diantara tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan islam serta asas bagi undang-undang perlembagaan negara islam.
- Persamaan

  •  Terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hal , persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat yang ditetapkan oleh kekuasaan undang-undang perlembagaan dan permaan  berada di bawah taklukan kekuaasaan undang-undang
- Hak Menghisab Pihak Pemerintahan

  • Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintahan dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.
  • Prinsip ini berdasarkan kepada kewajupan pihak pemenrintahan untuk melakukan Musyawarah 

Posting by : Farah Afiqah Binti Abdul Rahim

Matrix no : 19DIP12F2030




PENGENALAN

PENGENALAN
  • Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa penuh kerana nera-negara tersebut telah tergugat akibat penjajahan
  • Sejumlah besar kawasan penting di Semenanjung Tanah Arab di letakkan di bawah kuasa-kuasa penjajah asing.
  • Kesan penjajahan menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah, sering berperang sesama mereka untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan yang memerintah atau menjajah kawasan itu.
  • Bentuk politik yang terdapat dalam masyarakat arab jahiliah jauh bertentangan dengan keadaan pilotik pada zaman islam yang bebas daripada cengkaman penjajah dan berstatuskan merdeka.