Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Selamat Datang ke blog kami :)

Tuesday 16 September 2014

asas & prinsip sistem politik islam

Asas- asas Sistem Politik Islam

  • Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberi kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik islam hanyalah hak mutlak Allah S.WT
  • Risalah Jalan kehidupan para Rasul diiktiraf oleh islam sebagai sunan huda atau jalan-jalan hidayah.
  • Khalifah bererti perwakilan bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ini sebagai wakil Allah swt.
Prinsip utama Sistem Politik Islam
- Musyawarah
  • Asas yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah
  • Seterusnya berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksaan undang-undang yang telah termaktub didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Berkenaan dengan jalan menentukan perkara-perkara baru yang timbul dikalangan ummah melalui proses ijtihad
- Keadilan

  •  Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang Dijamin oleh sistem sosial dengan sistem ekonomi islam
  • keadilan dalam bidang sisioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkan 
  • Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai sosioa yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya
- Kebebasan

  • Kebebasan yang terpelihara oleh sistem politik islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan
  • menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah diantara tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan islam serta asas bagi undang-undang perlembagaan negara islam.
- Persamaan

  •  Terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hal , persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat yang ditetapkan oleh kekuasaan undang-undang perlembagaan dan permaan  berada di bawah taklukan kekuaasaan undang-undang
- Hak Menghisab Pihak Pemerintahan

  • Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintahan dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.
  • Prinsip ini berdasarkan kepada kewajupan pihak pemenrintahan untuk melakukan Musyawarah 

Posting by : Farah Afiqah Binti Abdul Rahim

Matrix no : 19DIP12F2030




No comments:

Post a Comment