Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Selamat Datang ke blog kami :)

Tuesday 7 October 2014

ALIRAN POLITIK DAN 'AQIDAH DALAM ISLAM

                                                       oleh: Prof.Dr.Muhhammad Abu Zahrah

Dalam islam, aspek politik dan 'aqidah termasuklah persoalan pelik yang banyak mengulas energi para pemikir dan para politik Muslim semenjak Rasulullah wafat. Keduanya berkaitan erat dan saling berkolerasi; menjadi sebab dan sekaligus akibat dari lahirnya sebuah aliran atau mazhab politik dan 'aqidah. pergumpulan di antara berbagai aliran, menampilkan aneka corak pemikiran yang memperkaya khazanah intelektual dalam islam.

Dalam buku yang ditulis guru besar dan bekas rektor Universiti Al-Azhar di Mesir ini, persoalan pelik dan luas itu dihuraikan secara singkat dan padat dengan merujuk langsung kepada sumber asli setiap aliran.  Huraiannya meliputi penyebab munculnya perbezaan pendapat dan isi persoalan yang melahirkan sebuah aliran. Juga mengungkap corak pemikiran, para pendiri dan pemukaanya, berikut latar belakang sosial politik serta faktor yang mempunyai mempengaruhi setiap mazhab dalam membangun dan mengembangkan pemikirannya.

Buku yang memberikan informasi rangka mengenai perkembangan politik dan 'aqidah dalam islam ini, merupakan rujukan penting bagi para mahasiswa , pengajar dan para pengamal sosial keagamaan.

Posting by : Maizatul Akma binti Zulkafli
Matric No: 19DIP12F2037

PENGENALAN

PENGENALAN

Bila politik di dalam islam bermula?  
  • ia bermula pada hari pertama Islam itu diturunkan.  

Definisi politik - ilmu & kemahiran.

Dalam bahasa Arab - siasah.



PEMERINTAHAN EMPAYAR ISLAM

















posting by: azra binti anuar
matric. no: 19DIP12F2044

SISTEM POLITIK ISLAM


                                                            Oleh: Ust. Khalid Ali Muhammad al-Anbari

Saat ini , menjadi pemimpin seakan dambaan setiap orang . Begitu banyak calon yang menawarkan diri. Puluhan Parti Politik dideklarasikan . Ratusan janji terucap. Beragam trik politik diperontokan.  Semuanya mengatakan : Sayalah yang paling layak menjadi orang nombor satu! Akulah yang paling pantas menjadi menjadi pemimpin! Sayalah politik yang  sejati,  paling amanah, paling adil, paling jujur , paling berpihak kepada  rakyat! dan seterusnya.

Demikianlah kenyataannya , setiap kita menyaksikannya di berbagai media masa , dan cetak mahupun elektronik , tanpa terasa hampir setiap kita hanyut dalam bidang politik. Semuanya memberi  komen dan pendapat, kritikan dan pujian , serta pemilihan siapa yang akan jadi pemenang. Bak kata seorang politik , hanya orang tertentu yang mengetahui secara perinci dan detail seluk beluk dunai politik.

Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada hidup manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang menjadi persoalannya . Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik. Mereka mudah terikut dengan aliran barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.

Oleh itu, dengan adanya buku ini kita dapat membuat rujukan tentang sistem politik dalam islam . Buku ini  menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah Negara Islam yang bermula dengan sejarah penubuhan Negara islam pertama di Madinah oleh Rasullullah s.a.w diikuti ciri-ciri,tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri serta hukum memerintah sesebuah dengan hukum selain daripada hukum Allah.

Perkara kedua yang difokuskan ialah soal pemimpin.Bagaimana kedudukan seorang pemimpin dalam islam? Apa syaratnya menjadi seorang pemimpin ? Bagaimana kaedah pelantikannya? Apakah bentuk kempimpinan yang harus digunakan?

Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak Negara. Antara seperti peranan sultan@raja,menteri dan ulama dalam sesebuah Negara manakala perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.


Perkara terakhir ialah tentang tanah air,kekuasaan politik,perundangan kehakiman,pelaksaannya,kementerian dan asas politik yang adil.Buku ini juga menceritakan fatwa tentang politik Islam oleh ulama terkemuka dunia islam.

     “Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan”


posting by: Norhusna Binti Othman
Matric No: 19DIP12F2047

Monday 6 October 2014

PEMERINTAHAN EMPAYAR ISLAM 


  1. Saidina Abu Bakar
  2. Saidina Umar Al-Khattab
  3. Saidina Othman bin Affan
  4. Saidina Ali bin Abu Talib
  5. Kerajaan Bani Umayyah
  6. Kerajaan Abbasiyyah
  7. Kerajaan Uthmaniah

dasar & ciri negara islam

DASAR NEGARA ISLAM


  • Keimanan dan ketakwaan.
  • Manusia adalah pemegang amanah.
  • Ketua negara (pemegang amanah) , rakyat wajib taat selagi amanah dilaksanakan.
  • Pelaksanaan syura mengikut garis panduan ditetapkan.
  • Majlis syura memutuskan hal berkaitan pemerintahan.
  • Melaksanakan syariah Islamiah secara mutlak.
  • Mengutamakan akhlak mulia.
  • Melaksanakan amar makruf & nahi mungkar.
  • Tolong menolong & menegakkan keadilan.
  • Pemerintahan dan rakyat mempunyai hak & tanggungjawab masing-masing.
CIRI NEGARA ISLAM

  • Menegakkan hukum-hukum Allah.
  • Kebenaran (al-Haq).
  • Keadilan (al-'Adalah).
  • Kebesasan (al-Hurriyyah).
  • Persamaan (al-Musawah).
  • Al-Syura.
  • Ketaatan (al-Ta'ah)
 Posting by : Nor Husna Binti Othman
Matrix no : 19DIP12F2047

Zaman Rasulullah & Piagam Madinah

Zaman Rasulullah (610-632 Masihi)

    • Rasulullah sebagai ketua agama
    • Madinah sebagai Pusat Pemerintahan
    • Mengasaskan Piagam Madinah
    • Mempersaudarakan penduduk Madinah
    • Mengajar Syariah islam secara Syumul
    • Contoh kepimpinan Ideal
    • Semangat akidah mengantikan semangat Assabiyah
    • Dasar Negara Islam Madinah
    • Syura sebagai asas & prinsip pemerintahan
    • Piagam Madinah sebagai Perlembagaan Negara
PIAGAM MADINAH

~ Mengandungi 47 Fasal merangkumi 2 bahagian :

  1. Bahagian 1 (23 Fasal) : Peraturan orang islam sesama islam.
  2. Bahagian 2 (24 Fasal) : Peraturan membabitkan orang-orang yahudi.



KONSEP SYURA

     Suatu sistem yang dinamakan al-syura (musyawarah). Sistem ini diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad saw lagi . Setelah itu , diikuti oleh Khulafa'ar-Rasyidin iaitu empat orang khalifah yang terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan  Ali bin Abi Talib . Mereka telah diberi mandat oleh masyarakat untuk pemimpin dan mentadbir Negara Islam berdasarkan undang-undang syari'ah .


PENGERTIAN SYURA

~ Dari sega bahasa : mesyuarat
~ Dari segi istilah : pemusyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulamak dan umat islam dalam segala hal berkaitan kebajikan mereka berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.


Posting by : Maizatul Akma Binti Zulkafli
Matrix no : 19DIP12F2037

Sumpah Raja-raja Melayu pertahankan kesucian Agama Islam


Artikel : Daripada Utusan Malaysia


                      Merujuk kepada artikel di atas yang dipetik dari Utusan Malaysia, Sultan selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah tentang masalah kalimah Allah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Hal ini akan mengganggu gugat kesucian Agama Islam.Raja-raja melayu bertanggungjawab memelihara kesucian Agama Islam di Malaysia. Agama Islam di Malaysia merupakan agama rasmi yang telah termaktub di dalam perlembagan negara.

                   Kepentingan politik dalam bagi mempertahankan Agama Islam memainkan peranan penting. Hal ini dapat dilihat semenjak zaman Rasulullah dan Khilafah Al-Rasyidin serta pemerintahan seterusnya. Pada zaman Rasulullah, Piagam Madianah merupakan perlembagaan yang digunapakai bagi melancarkan pentadbiran pada ketika itu. Namun perluasan Islam di seluruh dunia telah meletakan Malaysia salah satu negara yang terima kesan sumbangan tersebut.

                   Di Malaysia, sumbangan politik Islam dapat dilihat melalui kewujudan undang-undang yang diguna pakai bagi melindungi Agama Islam serta Umat Islam. Peranan pentadbiran Islam di Malaysia dapat di lihat melalui urusan pentadbiran Agama Islam yang diketuai oleh Sultan di setiap negeri, Yang Dipertuan Agong sebagai ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, urusan pentadbiran agama dijalankan oleh ulama-ulama dan golongan cerdik pandai tempatan serta badan pentadbiran agama yang diuruskan oleh Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah.

                   Kesimpulannya, politik yang cekap dan teratur akan membantu menghindarkan gejala yang tidak sihat berkaitan kesucian Agama Islam. Hal ini, bagi menjamin kesejahteraan umat manusia. Selain itu, ianya dapat menghindarkan daripada permusuhan di kalangan umat islam dan bukan islam yang ada dalam negara islam.

Posting By : Nurul Effa Fazira Binti Othman
Matric No : 19DIP12F2045